Thursday, August 11, 2011

Seni bina

Seni bina. Untuk mereka yang kurang arif tentang seni bina pasti tertanya-tanya apa sebenarnya seni bina? Apa kaitannya seni bina dengan kehidupan? Saya sendiri secara jujurnya masih mempelajari dan memahami maksud disebalik perkataan ini. Saya akui seni bina ini terlalu dalam untuk kita benar-benar mengenalinya. Bagi saya seni bina ini adalah sesuatu yang "misteri". Bukan mudah untuk kita benar-benar kenal makna seni bina dalam masa yang singkat kerana definisinya terlalu luas dan merangkumi semua aspek. 


Fahaman tentang seni bina mungkin berubah mengikut peredaran zaman tetapi perkara yang menakjupkan ialah ia berkait rapat antara manusia, kepercayaan dan alam semester. Kesemua ini begantung antara satu sama lain dan itulah yang dinamakan kehidupan. Lihat, ini menunjukkan seni bina itu sendiri bergerak seiring dengan kehidupan manusia sejak berzaman-zaman lamanya. Jika kita lihat setiap daerah memiliki seni binanya yang tersendiri tetapi bila kita bandingkan ia mempunyai maksud yang sama. Semuanya mempunyai kaitan dengan kehidupan. Malah mereka menghasilkannnya dengan tujuan tertentu dan memiliki maksud yang tersendiri bukannya ia dihasilkan tanpa sebab dan tujuan. Sebab itu seni bina ini terlalu unik dan seperti yang saya jelaskan ianya misteri dan dalam masa sama ia juga terlalu luas.




contoh keadaan rumah melayu tradisional


setiap sesuatu yang dihasilkan mempunyai sebab yang tertentu

Setelah saya masuk ke dalam keluarga seni bina ini, tiada ada yang mustahil boleh dilakukan asalkan ia merangkumi aspek-aspek seperti vocabulary, science, structure(mathematic), anthropometric, ergonomic dan lain-lain. Sungguhpun begitu, aspek yang paling penting adalah ianya adalah dapat mengatasi masalah dan memudahkan. Daya kreativiti juga memainkan peranan yang penting di dalam dunia seni bina masa kini terutamanya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Bagi saya nilai seni bina tidak akan wujud tanpa mempelajari daripada sesuatu yang sudah sedia ada. Malahan daripada situ kita dapat mengetahui kelebihan dan kekurangannya. Sudah menjadi adat dunia tidak ada yang sempurna melainkan penciptaNya bukan bermakna kita boleh terus mencipta masalah tetapi berusaha mengatasi dengan sebaik mungkin. 

Seperti yang saya katakan di atas tadi, seni bina yang mempunyai nilai estetika yang baik ialah seni bina yang melambangkan atau mempunyai maksud serta mengambil kira keperluan manusia. Sekian sahaja ini sahaja yang dapat saya kongsikan kepada semua. Saya minta maaf sekiranya ada salah dan silap di dalam penulisan saya ini.